20 Mei 2013

Lelaki Awesome.

Terima kasih untuk yang lepas.
Terima kasih untuk kenangan.
Terima kasih untuk hal-hal lalu.
Terima kasih untuk kasih dan sayang.
Terima kasih untuk makan-makan.
Terima kasih untuk masa yang diluangkan.
Terima kasih untuk ayat-ayat indah.
Terima kasih untuk janji-janji sebelum kejadian.
Terima kasih untuk semangat.
Terima kasih untuk ketenangan.
Terima kasih untuk doa.

Tak ada apa melainkan doa untuk awak bahagia.
Bersama tulang rusuk yang memang Tuhan cipta untuk awak berdua.

Congratulations on your wedding, Lelaki Awesome.
:)

30 April 2013

Hari Yang Semakin Sedikit.

Nak pergi.
Tapi hati tak kasi.

Nak tinggalkan.
Tapi jiwa dah serasi.

Nak lupakan.
Tapi dah sehidup dalam diri.

Bila kau kenal seseorang yang lansung tak ada benci untuk buat kau lupa dia.
Apa yang kau ada, hanya mampu senyum dan buat-buat macam biasa.
Yang padahal, hati kau dah pecah hancur.
Tak dapat dia.
Tak dapat jumpa dia.
Tak dapat bersama dia.

Dan lihat dia bahagia bersama orang pilihan.
Terpaksalah menangis untuk beberapa bulan.
Rataplah sebab kembali kesepian.

Harap tak lama.
Nak bangkit semula.

Sikit lagi.
Untuk selamat tinggal, kita.


// Your Future Memory.

15 April 2013

Mimpi dan Kita.

Setiap hari yang datang,
Tak ada beza dengan semalam.

Makin sayang.
Makin di erat genggam.
Dua hati antara kita, cinta paling dalam.

Cinta beberapa bulan
Yang kita tatang bagaikan tak mahu pulang.
Pulang dari mimpi.
Pulang ke realiti.
Tapi tetap tak beralih hati.
Buat dungu apa nak jadi.

Perasaan kita pelik.
Saja cari pasal padahal hati celik.

Seperti selalu,
Doa dari si pemimpi untuk yang di impi,
Semoga berbahagia nanti.
Kita cuma bertemu setakat ini.

Berpisahnya nanti,
Dengan harapan, akan lebih bahagia dengan pilihan.
Pilihan dan ketentuan.
Yang tak ada kudrat siapa pun nak lawan.

Kita mungkin rasa, kita adalah dua hati yang Tuhan cipta.
Tapi Tuhan kata, ada yang lebih baik menanti kita.
Percaya Tuhan, bukan hati dan perasaan.
Cuba kita pasak, bercinta tak semestinya bersama.
Berpisah tak semestinya dah tak jumpa.

Berbahagia di alam realiti.
Daripada terus bermimpi.
Sebab mimpi, perkara yang paling, paling tak pasti.

//Your Future Memory.



09 April 2013

Selepas 9 bulan.

Dah 9 bulan.
Status lain.

Kalau pregnant, tengah tunggu masa nak meneran je ni.
Hehe.

Hidup macam biasa. Masih turun naik. Tak ada lah bahagia sesaja. Masih, ada juga masa kejatuhan. Macam yang selalu-selalu, macam yang biasa-biasa tu. Apa pun jadi, hidup kena terus ke depan selagi Tuhan tak cabut nyawa kita dan bersyukurlah, Tuhan masih simpan.

Selepas ramai yang tahu pasal hal aku tahun lepas, ramai juga yang datang dekat mintak pendapat. Tapi yang sebenarnya, aku sangat takut nak bagi pendapat sebab aku tak nak mereka-mereka yang minta pendapat ni terpengaruh dengan apa yang aku alami selepas kejatuhan tu.

Berpisah dengan suami dan ada seorang anak, tak sama kau berpisah dengan boyfriend atau tunang.
Totally, dua hal yang berbeza.
Jauh beza.

Perkara pertama yang kau rasa selepas berpisah adalah kau lumpuh satu badan termasuk otak. Kau sanggup? Tapi perkara-perkara yang menguatkan untuk aku terus bangkit adalah anak, family dan kawan-kawan rapat. Kalau ikut aku yang kurus melidi ni, memang rasanya aku tak mampu nak buat apa-apa dalam masa terdekat tu. Bawak bersabar dan berserah jelah.

Memang masa mula-mula tu, susah. Sebab aku jaga Umar bergilir-gilir dengan bapak dia. Bila malam, Umar tak ada kat sebelah memang kau rasa macam kosongnya ya Allah. Yang masa mula-mula tu, aku sendiri pun tak sedar bila masa aku tertidur. Tau-tau dah pagi, mata bengkak. Aku dengan Umar tak pernah pisah tidur dari dia lahir. Orang kata, Umar tu kalau kalih tidur sikit pun aku boleh terjaga. Jadi, bila Umar tak ada kat sebelah, rasa dia Tuhan je yang tahu. 9 bulan dalam perut sampai umur 3 tahun, tiba-tiba 3 malam dia tak ada kat sebelah. Memang paling menyedihkan sepanjang hidup aku lah. Aiseh. Menangis pulak. 

Tapi, aku tau. Bapak Umar pun rasa macamtu jugak. Aku pun tak boleh selfish. Sebab kami dua-dua sayangkan Umar. Dan seboleh-bolehnya, tanak Umar rasa dia lain dari budak-budak lain. Aku dengan bapak Umar masih baik. Masih bertegur cuma dah tak sebumbung saja :)

Dan percayalah, tiada siapa yang minta semua ni jadi. Kita ingat lepas kita kahwin, semuanya dah selesai. Yang haram jadi halal. Yang sayang akan jadi lebih sayang. Memang sepatutnya, begitu pun. Bila kahwin, kita sepatutnya makin sayang tapi kebanyakkan kita sekarang bila dah kahwin bukan makin sayang, tapi lebih kepada "tak boleh kalau tak ada". Sayang tak sayang dah jatuh nombor 2.

Silap.
Sayang kena diteruskan dan tetap yang pertama.

Tak boleh kalau tak ada tu macam,
"Aku tak boleh la kalau bini aku tak ada. Siapa nak masak?"
"Aku tak boleh lah laki aku tak ada. Siapa nak drive?"

Begitulah.
Sorry kalau pendapat aku ni salah, tapi aku tak nak ada hubungan macamni.

Aku perlukan lelaki yang memang sayangkan aku dan aku pun sayangkan dia. Dan kemudian, dia sayangkan anak-anak kami. Sebab dengan rasa sayang dan cinta je yang boleh kekalkan spark dalam perkahwinan. Kalau kau rasa sebab tak boleh tak ada salah seorang tanpa rasa sayang, kau memang ada masalah.

Aku tulis ni, bukan aku nak kata hubungan yang lepas tu teruk. Tak, bukan macamtu. Hubungan yang lepas pun ada banyak manisnya, kalau tak, tak ada lah Umar Arjuna beta :)

Kita semua ada bahagian masing-masing.
Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana.
Siap sedialah dengan semua dugaan yang bakal datang.
Sesungguhnya, setiap dugaan akan buat kita lebih berjiwa badang.

Beringatlah ketika bahagia.
Sebab dugaan boleh datang bila-bila tanpa kita duga.

:)


08 April 2013

10 Things I Hate About You.

I hate the way you talk to me,
And the way you cut your hair.
I hate the way you drive my car,
I hate it when you stare.
I hate your big dumb combat boots,
And the way you read my mind.
I hate you so much it makes me sick,
It even makes me rhyme.
I hate the way you're always right,
I hate it when you lie.
I hate it when you make me laugh,
Even worse when you make me cry
I hate it when you're not around,
And the fact that you didn't call.
But mostly I hate the way I don't hate you,
Not even close,
Not even a little bit,
Not even at all.

10 Things I Hate About You - 1999. 

//Your Future Memory.

04 April 2013

Bercinta Dengan Mimpi.

Cakap sayang.
Cakap rindu.
Cakap tak akan lupa.
Sampai bila-bila.

Cinta ini.
Sayang ini.
Saya masih tak percaya, sebenarnya.

Kadang rasa macam bercinta dengan mimpi.

Awak terlalu ada semuanya.
Yang saya mahu,
Yang saya cari,
Yang saya perlu.

Tapi masih, awak cuma wujud dalam mimpi sahaja.

Mimpi kita terlalu indah.
Bahagia tak jejak tanah.

Kalau Tuhan kasi awak pada saya.
Awak tahu tak, saya manusia paling bahagia?

//Your Future Memory.

27 Mac 2013

Puisi Gadis II.

Lebih baik menyampaikan apa yang kita rasakan.
Apa yang kita punya.
Hari ini atau detik ini juga.
Kalau ternyata kita cuma punya hari ini.
Dan besok belum tentu ada.
Bagaimana?

Filem Tentang Dia.
2005. 

Pergi.

Kenapa aku masih disini.
Dan tunggu?
Bukan ke sepatutnya aku dah patut pergi?
Tinggalkan apa yang hati hendak dan perlu?
Yang dah memang pasti, tak payah tunggu?

Kadang-kadang, rasa pandai sangat.
Tapi sebenarnya bodoh kalah bangsat.
Kenapa suka pandai-pandai hukum dunia jahat.
Sedangkan diri sendiri yang bukan main ligat.
Tak makan nasihat.
Tak makan saman.
Ikut sangat kata hati yang sebenarnya banyak dipengaruhi setan.

Pergi.
Bawa diri.
Jangan tunggu.
Dah tak lama dah lagi.

Pergi.
Jauh.
Dari realiti.
Yang sebenarnya.
Tak kejam mana pun.

Hidd Mihat.
27 March 2013.



26 Mac 2013

Puisi Gadis.

Tuhan,

Diantara semua kesedihanku,
Kau selipkan juga kebahagian,
Kau hadirkan seseorang,
Dia membuatku punya alasan untuk tersenyum hari ini,
Apa yg lebih berarti dari tawa kalau bukan senyuman kan, Tuhan?

Seperti gerimis yg lebih menyenangkan daripada hujan,
Seperti berjalan yg lebih membuatku tenang daripada berlari,
Dan gelap yg membuatku lebih aman daripada terang.

Filem Tentang Dia.
2005.

//Your Future Memories. 

Jauh.

Jauh dan masih ada pun dah lain rasa,
Apatah nanti bila dah tak ada.

Realiti kadangnya..
Kejam juga.
Tapi untuk realiti kita saja.
Yang bukan Tuhan cipta untuk kita bersama.

Kita saling sayang dan cinta.
Dalam dan sungguh rasanya.

Hati kita,
Jiwa kita,
Memang seperti Tuhan dah ikat dari mula.
Tapi rupanya, mimpi cuma.

Kenapa sekejap sangat mimpi indah ini?
Kan lagi bagus kalau teruskan tidur tanpa mimpi.
Supaya kita berdua hidup di dunia sendiri.
Dan tak perlu berdepan hari ranap yang sedang tunggu kita nanti.

Ya, ranap lagi.
Hebat betul rasa macamni.
Rasa sangat disayangi.
Oleh Tuhan, siapa lagi.

//Your Future Memories.

22 Mac 2013

"Allah tidak akan membenarkan sesuatu yang menjadi milik kita menjadi milik orang lain"


Masih.

Alhamdulillah.

Masih ada lagi wake up call di pagi hari selepas Subuh.
Masih dapat message awak sebelum pergi kerja.
Masih lagi dapat pesanan-pesanan seperti selalu.
Masih lagi dapat ayat-ayat manis I miss you, I love you.
Masih ada awak di situ.

Untuk beberapa bulan.
Beberapa hari.
Beberapa jam.
Beberapa minit.
Dan beberapa saat.

Kita perlu berkira dengan masa sekarang.
Setiap detik yang berlalu adalah kenangan bagi kita nanti.

Sampailah masanya tiba.
Untuk wish goodbye antara kita.


//Your Future Memories.

21 Mac 2013

Hati Yang Terpaling Malang.

Bila aku dah tak ada apa nak tulis.
Selalunya dalam erti kata lain.
Aku dah give up,
Patah hati,
Kecewa.

Dengan diri sendiri.

Bukan sebab dah tak ingat Tuhan.
Tapi pasal perasaan.
Bila ia diluar kawalan.
Sabar pun tak mampu buat kau nak terima kenyataan.

Nak terima kenyataan.
Sama macam kau kena telan air gula masa mengandung.
Kau paksa diri telan juga demi satu nyawa yang tengah kau kendong.
Sebab kau sayang.
Sebab kau nak dia keluar sihat-sihat dan baik-baik saja.

Begitu lah.

Airmata pun dah turun harga.
Yang paling termurah.
Dengar suara saja pun dah luruh mencurah-curah.

Hai lah mata.
Kau bocor ke macamana?

Haih.

Menasihat kan lebih senang daripada kau duduk mengalami sendiri.
Orang kata lepaskan lah pergi.
Meh sini, cuba rasa dan bangkit kalau kau kuat, gagah dan berani.
Bukan tak pernah cuba, tapi gagal dan jatuh sayang semula.

Pengajaran pasal kejadian hidupan seharian ni memang terlalu bernilai.
Yang kau takkan dapat kat mana-mana selagi kau sendiri tak masuk dan tersadai.

Dahlah.
Malas fikir.

//Your Future Memories.



19 Mac 2013

Tuhan Lebih Tahu.

Kita dah tau, akhirnya apa.
Tapi kita masih macam biasa.
Seperti tak ada apa yang menanti kita.
Yang padahal, bila waktu tu sampai,
Dah tak ada apa yang tinggal.

Yang ada, cuma kenangan.
Kenangan yang cuma kita berdua sahaja yang tahu.
Yang tak mungkin kita akan dapat pada orang lain atau sesiapa pun.

Tuhan jumpa kan kita.
Pada masa yang salah.
Sebab kita terlalu attached sampai susah nak pisah.
Dia takut kita lupakan Dia.
Jadi Dia cipta kita berdua bukan jodoh yang sepatutnya.

We'll be just fine.
Kan, sayang?

Yes.
:)

xoxo,
Your Future Memories.

18 Mac 2013

Boleh Yang Tak Boleh.

Bila kau kena senyum paling gembira depan orang ramai,
Yang padahal hati kau tengah hancur paling celaka nak bersepai.

Takkan dari situ kau tak boleh rasa.
Yang hati kau macam badang boleh kalahkan sekumpulan rasaksa?

Kau boleh.
Tapi kau saja buat dalih.

Dasar.
Mengada.

Hidd Mihat.
18hb March 2013.

Padan Muka.

Dia sayang kau.
Dia rindu kau.
Dia perlukan kau.
Dia nak jumpa kau.
Dia nak teman kau sampai mati.

Tapi dia tak boleh.
Tak boleh buat satu apa pun.

Orang keliling kata, pergi.
Tinggalkan sekarang sebelum lebih sakit lagi.
Angkat kaki tinggi.
Tapi kaki dah terpaku tak boleh lari.

Sebab dua hati dah jatuh sayang.
Perempuan kan bila bercinta selalu jadi bodoh piang.
Boleh bagi lebih dari apa yang dia dapat sekarang.

Hati letih.
Otak penat.
Badan berat.
Inilah cinta tak bertempat.

Padan muka.

xoxo,
Your Future Memories.

16 Mac 2013

Ok.

"Dia adalah orang yang paling aku selesa sekarang. Tapi kalau dia boleh selesa dengan orang lain jugak, tak ada khasnya aku ni" - Kawan baik speaker masjid.



15 Mac 2013

Kita.

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "wake up call" lagi nanti?

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "Good morning, sayang"

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "Awak dah breakfast, lunch, dinner?"

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "Kerja ok harini?"

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "I miss you" bila rindu?

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "I love you"
Setiap kali text,
Setiap kali sebelum letak telefon,
Setiap kali sebelum balik selepas kita jumpa,
Setiap kali bila kata perasaan sayang itu datang dari hati kita?

Macamana keadaan kita,
Bila sudah tidak ada "KITA" lagi nanti?

Bukan main berzikir nak move on.
Tapi tak gerak mana pun.

Ceh.

Love,
Your Future Memories.



13 Mac 2013

Tidur Malam.

Tidur apa yang kalau boleh kau nak mintak malamnya lebih panjang?
Tidur beralaskan lengan dengan orang yang paling kau sayang.

Selamat malam.


12 Mac 2013

Tanpa Sebab.

Sayang saya pada awak,
Takkan sama dengan sesiapa yang saya akan jumpa kelak.

Sebab saya hanya tahu,
Sayang awak banyak-banyak.

Hugs,
Your future memories.