17 Disember 2007

Menghadapi Isteri yang Ego.

Soalan : Isteri saya menuntut cerai kerana dia enggan mendengar nasihat saya bagi perkara2 tertentu. Dia masih merasa sangat marah sehingga perasaan benci dan dendam sudah mula timbul. Dia tidak lagi menganggapkan dirinya itu sebagai isteri saya. Dia sudah beberapa bulan tidak memberi nafkah batin, mengusir saya keluar dari rumah dan keluar rumah tanpa kebenaran saya. Ibunya pula menyokong pendiriannya juga. Dia tidak mahu bercakap dengan saya juga kerana tersinggung dengan percakapan saya. Saya masih bersabar. Saya mengerti akan tikah lakunya kerana isteri saya itu mengikut perasaan. Lagipun fahaman agamanya pun kurang. Walaupun demikian, saya belum lagi menjatuhkan talak. Saya masih mengasihi isteri saya dan saya ingin membimbingnya kembali kepangkuan jalan. Apakah saranan yang terbaik bagi saya. Saya masih bersabar, saya tidak mahu bercerai berai.
Jawapan : Berdosa besar bagi seorang isteri yang tidak melayan kehendak suaminya. Seandainya suami menginginkan agar pada malam tersebut isterinya melayannya sedangkan si isterinya menolak permintaan suami itu, maka semalaman malaikat mengutuk perbuatan isteri tersebut. Bayangkan saja jika sudah berbulan-bulan isteri tidak mahu melayan kehendak suami tentu semakin besar dosa yang ditanggungnya.
Dalam Islam seorang isteri hendaklah mendengar dan menjalankan segala perintah yang disuruh oleh suami selagi perintah tersebut tidak menjurus kepada mensyirikkan Tuhan atau sesuatu perkara yang bertentangan dengan syarak. Jika isteri ingkar maka isteri tersebut tergolong isteri yang derhaka, jika ia mati dalam keadaan tidak mendapat keredhaan suaminya maka ia mati dalam keadaan membawa dosa yang besar. Menghadapi isteri yang ego seperti ini, suami hendaklah bersabar kerana wanita tercipta dari tulang rusuk yang bengkok, jika kita paksakan untuk meluruskannya maka ia akan patah dan jika kita biarkan dia dalam keadaan yang keliru itu maka selamanyalah ia akan menjadi bengkok.

Berusahalah menasihatinya dengan cara yang baik dan sesuai dengan cara yang disyariatkan Islam. Carilah sebab mengapa dia bertindak demikian setelah itu pujuklah dengan menggunakan pendekatan psikologi dan agama. Jika dengan berbagai cara tidak dapat melembutkan hatinya, maka lakukanlah solat istikharah, bermohonlah kepada Allah agar diberikan jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah keluarga anda tersebut. Jika perceraian merupakan jalan yang terbaik ada baiknya anda ceraikan, kerana talak merupakan perkara yang halal sebagai suatu jalan menyelesaikan masalah dalam perkahwinan. Seandainya kita telah meminta keputusan melalui solat istikharah maka , insya Allah, Allah SWT akan memberikan jalan yang terbaik buat kita. Wallahu A'lam.

Tiada ulasan: