13 Julai 2011

Nenek Jaga Cucu.

Ramai yang rasa aku ni bertuah sebab anak aku, emak aku sendiri yang jaga. Bila aku kenang-kenang balik, Allah memang dah rancang semua ni. Masa Mak aku pilih untuk ambil VSS yang ditawarkan oleh Bernas, aku terus dapat kerja. Lepastu Mak aku duduk rumah dan dia jaga anak jiran aku. Bila anak jiran pun dah pergi sekolah, aku pula bersalin. Dan sekarang Mak aku jaga anak aku pulak.

Umur Mak aku tahun ni 55 tahun.
Masih selim melim tapi dah tak berapa kuat sebenarnya.

Aku selalunya tepat pukul 5 petang, aku akan terus balik rumah dan terus teringat anak aku. Rindunya lahai. Tapi ada orang, lepas habis kerja dia merewang-rewang laki bini entah pergi mana sampai malam biarkan Mak dia jaga cucu atau orang lain yang jadi mangsa jaga anak dia.

Aku sumpah tak faham jenis makpak macamni.
Kau dah kahwin, ada anak.
JAGALAH SENDIRI WEH!

Cukup-cukuplah Mak kita dah bela kita adik beradik dari kecik. Takkan sampai ke mati dia nak sambung letih dia jaga budak-budak? Memanglah Mak atau Ayah kita akan cakap, tak apa tapi kau sendiri fikirlah. Kau jaga anak kau weekend pun dah letih ni kan Mak kita yang tak berapa ada kudratnya yang jaga anak kita hari-hari.

Itu pun entah bagi entah tidak duit dekat Mak.
Haih.

Bila Mak dah sudi nak tolong jaga anak kita, kau janganlah nak ambik kesempatan. Bila lepas kerja, balik terus jaga anak-anak kau pulak. Kalau sekali sekala tak apalah. Ini hari-hari kau tala balik lambat lepastu bila kau balik anak-anak kau dah tidur. Itu belum kira Sabtu/Ahad kau hantar jugak anak kau kat rumah Mak kau.

Bengap.

Aku terus terang, aku tak boleh kalau anak aku nak terlalu rapat dengan orang lain. Aku sedih weh. Aku ni Mak dia, bukan orang lain. Tapi ada orang, dia lagi suka kalau anak dia tak tidur dengan dia. Dia lagi suka kalau anak dia tidur dengan Nenek atau orang gaji. So boleh tidur malam dengan lena tanpa gangguan anak dia nak susu ke nak kencing ke.

Fikirlah.

Mak kita entah berapa lama lagi kiraan hidup dia. Kasilah dia ruang untuk beribadat, untuk berehat. Cucu, cucu jugak. Tapi janganlah ambik kesempatan. Bila kau tak ada buat apa, kau ambiklah anak kau. Jaga sendiri. Bila Mak kau dah tak ada nanti baru nak terkial-kial belajar jaga anak, apa kejadah.

Kalau nanti bila anak kau dah besar lepastu dia buat tak heran dengan kau, kau jangan nak sedihlah.