24 Ogos 2011

Bila Raya.

Bila nak dekat raya ni, dah terbayang dah scene-scene minta maaf pagi-pagi raya tu.

Walaupun aku dah berkahwin, tapi kesedihan minta maaf pada Mak dan Ayah tetap mengungguli carta. Momen minta maaf dengan mereka berdua adalah yang paling sedih sepanjang hayat aku.

Dosa-dosa yang pernah aku buat antara sengaja (mostly sengaja) atau tak, rasanya sampai bila-bila pun masih bersarang dalam diri sendiri. Walaupun Mak dan Ayah dah lama maafkan kita, tapi rasa menyesal dan hina tetap kita rasa.

Aku selalu doa semoga panjang lagi tempoh Mak dan Ayah akan ada bersama aku dan adik-adik. Mereka berdua adalah punca aku hidup, punca aku gembira, punca aku kuat, punca aku yang sekarang dan selama-lamanya.

*sakit tekak tahan sebak*
Hmmmmm.

Walaupun kami bukanlah orang yang senang-senang tapi bahagia hidup satu keluarga tu rasa sampai ke hati. Mak memang garang tapi kalau bab menggembirakan anak, dia memang orang paling depan. Nak apa pun, akan cuba dia usahakan. Tak kiralah apa cara pun. Dia sakit ke, dia tak larat ke. Kalau bab duit lagilah. Aku adalah sungguh sama dengan Mak. Kami tegas. Hehehe.

Ayah pula jenis cool and steady. Selalu gurau-gurau dengan Ayah. Ayah aku gagap. Kadang-kadang kesian tengok dia bila nak bercakap tu lama sangat nak tunggu habis. Pastu masa Umar kecik, ramai tak kasi makan pulut sebab takut gagap. Bila orang cakap macamtu aku terus pandang Ayah. Takut Ayah terasa tapi Ayah sengeh je. Haihh.

Ayah memang jarang sangat marah. Tapi kalau sekali dia marah, biru terus muka aku. Ada dulu dia marah aku, pastu malam tu dia ketuk pintu balik aku pujuk makan. Aku cakap taknak. Pastu dia masuk bilik tarik tangan aku, ajak makan jugak. Ambikkan nasi, lauk, air. Aduhhhh.

Sedih weh.
Ayah aku memang macamtu.
Dia punya penyayang dengan anak-anak kalah semua orang.

Ayah aku kerja biasa je dekat gomen. Kerani. Tapi dengan duit tulah kitaorang anak beranak hidup sampai sekarang. Dan nasib Mak kerja private so rezeki setiap orang anak tu ada je Allah kasi. Mak aku cerita Ayah aku rajin tolong Mak. Kalau balik kerja tu, Mak aku masak. Ayah aku pergi angkat kain kat ampai siap lipatkan terus baju tu sambil jaga anak. Dekat rumah aku, memang selalunya Ayah yang mengemas. Mak jaga bahagian dapur dan kewangan. Macamtulah lebih kurang.

Beza sungguh kan lelaki dulu dengan sekarang? Heheh. Lelaki sekarang pegang penyapu pun tak hingin. Kalau nampak bini tengah mop lantai ke apa, tengok je. Tak ada pun rasa nak tolong ke apa. Padahal both pun sama-sama kerja cari duit. Yelah, zaman dah berubah :)

Lagi beberapa hari nak raya. Kalau ada sesiapa yang bergaduh dengan Mak Ayah tu, pergilah balik minta maaf. Ingatlah, sayang seorang Mak Ayah itu tak terbanding dengan apa pun.