22 September 2011

Berusaha Sebelum Terlambat.

Lumrahnya, kita akan sedar dan berubah bila kita kehilangan terutama sekali bila kita kehilangan seorang manusia. Tidak kira sama ada kehilangan putusnya hubungan atau kehilangan abadi selama-lamanya.

Kehilangan abadi selama-lamanya walaupun tidak mudah untuk kita lupa tetapi kita sebagai umat Islam perlulah redha dengan qada' dan qadar yang Allah tentukan. Meratapi selama-lamanya adalah tidak baik untuk mereka yang telah berada di alam nyata yang lain pula.

Kehilangan lagi satu adalah apabila pasangan kita minta putuskan hubungan. Mungkin kerana dia ada orang lain, mungkin kerana dia dah bosan dengan perangai kita atau mungkin dia memang dah tak ada perasaan kat kita.

Aku ada seorang kawan yang bercinta, putus. Tunang, putus. Kahwin, cerai. Dan sekarang dia dah kahwin lain dan sangat, sangat, sangat bahagia, I tell you.

Kau rasa kau gagah tak kalau kau kat tempat dia?
Kalau aku, aku serah diri pada Allah je.

Percintaan dia yang dia rasa paling agong dulu, dia seorang yang sangat mengongkong. Girlfriend dia kalau nak keluar mana-mana tanpa dia, tak boleh. Baju mesti pakai baju lengan panjang, tutup bontot dan garang kemain. Dan kemudian, dia bertunang dengan girlfriend dia tu tapi masatu girlfriend dia dah tawar hati dengan dia sebab dok tangguh-tangguh nak tunang. Perempuan biasalah. Bila lelaki asyik tangguh sesuatu benda, dia cepat fedup dan give up.

Lepastu dia jumpa ex-girlfriend dia masa sekolah. Tak berapa bulan lepas putus tunang tu, dia p merisik dengan ex-girlfriend dia. Lepastu kahwin. Tak sampai beberapa bulan atau setahun macamtu, mereka cerai atas sebab-sebab yang tak dapat dinyatakan disini. Hehe. Tapi yang benarnya bukan salah kawan aku tadi tulah. Entah ler bini dia tu. Sampai sekarang aku tak faham apa masalah bini dia. Haih.

Lepas dia putus tunang, kawan aku tu memang berubah gila-gila punya. Dia bukan jenis pemarah dan tiba-tiba dah tak garang. Sebab tu aku boleh ngam dengan dia. Dulu-dulu kitaorang pergi memana berdua je sampai Mak aku ingat kitaorang saling syok sesama sendiri. Duhhh. Please dong Mak, dia bukan taste saya. Haha.

Tapi semua tu dah terlambat sebab orang-orang yang dia sayang tu dah tak peduli dengan perubahan yang dia buat. Jadi, dia dengan sendirinya nekad nak berubah demi diri dia sendiri. Dia cakap, buat apa nak baran-baran? Sebenarnya baran tu kita boleh control tetapi kebanyakkan lelaki taknak cuba sebab ego dah control otak dia. Ceeeeeee tu sebenarnya ayat aku. Hehehehehe :p

Dan sekarang kawan aku dah berkahwin lain dengan seorang perempuan yang tak pernah langsung bercinta sebelum ni. Seorang yang tak pernah tinggal solat dan macam-macam lagilah benda baik. Dan sekarang aku kawan dengan wife dia pulak.

Setelah berbagai rintangan yang dia harungi, akhirnya Allah hadiahkan dia seorang isteri yang jauh, jauh, jauh lebih baik dari perempuan-perempuan yang dia pernah dia kenal sebelum ni.

Siapa sangka kheeeennnnnnnnnn?

Jadi, moral of the story adalah jangan tunggu sehingga kita kehilangan seseorang baru kita nak berubah. Aku faham, kita manusia susah nak berubah sebab kita dah terbiasa tapi tak salah kalau kita mencuba. Sedikit pun jadi lah. Kehilangan itu amat menyeksakan dan tak ada siapa pun mahukan perpisahan. Jangan biarkan setiap yang remeh temeh itu kepada 'tak ada apa-apa' sebab benda yang kecil tidak mustahil akan menjadi besar.

Dan setiap dugaan itu, Allah janjikan yang lebih baik.
Dan setiap perpisahan itu juga, Allah janjikan hikmah disebaliknya.

Tapi, siapa yang mahu berpisah?
Berusahalah sebelum terlambat.

Kelasssss kau, Jah.