25 November 2011

Hidup Kita.

Bila yang manis jadi tawar.
Bila yang cantik jadi hodoh.
Bila yang kaya jadi miskin.
Bila yang besar jadi kecil.
Bila yang kempis jadi buncit.
Bila yang gembira jadi duka.

Hidup kita.

Tak mustahil sesuatu yang baik itu bertukar menjadi yang paling buruk.
Kerana manusia tidak pernah cuba kekalkan apa yang mereka ada.
Tetapi lebih suka selesa dengan yang ada tanpa usaha.

Kita lebih suka menyalahkan orang lain dari mengkaji punca kejadian.
Setiap yang jadi mesti ada punca dan sebab kenapa ia berlarutan.

Carilah.
Bincanglah.

Kerana peluang tak selalu datang.