22 Disember 2011

2 November 2011.






Umar Arjuna dah 2 tahun dah.
2hb November 2011 yang lepas.

Sebenarnya niat nak update pasal Umar Arjuna tu memang ada, cuma bila nak cerita je terus rasa macam 'tak perlu kot?'. Hehe. Aku memang kagum gila lah dengan bloggers yang selalu update blog dan bercerita pasal anak derang. Lagi, lagi kagum ada yang hari-hari update blog bercerita pasal apa yang anak derang buat harini dan sebagainya. Kalau aku jadi anak derang, mesti aku bangga gila dan seronok baca perangai kita masa kecik-kecik.



Ni Umar Arjuna nak rasa apa la ni bila baca apa aku tulis pasal dia kat sini. Haha. As for now, Umar Arjuna dah pandai cakap. Walaupun belum jelas, hanya hujung-hujung saje yang penting kita faham apa dia cakap dan nak. Perangai paling tak boleh blah Umar sekarang adalah pilih baju sendiri. Duduk rumah tapi nak pakai seluar jeans dengan belt, boleh? Lepastu memanjang nak pakai baju warna kuninggggggggg je. Baju lama-lama taknak, nak pakai baju yang baru. Dia tak tau Mama dia tetiap bulan kerja nak order online baju-baju dia. Haha. Sampai ke dia, nak buat baju duduk rumah lak. Siku kang. Haha :p

Ada lagi.

Kalau keluar dia dah pandai kasi direction nak ikut jalan mana. It's amazing gak dia boleh ingat jalan nak pergi rumah Wan dia. Kadang-kadang bila nak hantar dia pepagi pergi rumah Mak aku, bila nak masuk simpang tu, dia dah cakap 'pi.. pi..' (tepi) Maksudnya dia taknak masuk simpang tu, suruh terus je. Kalau nak pergi KLCC lagilah. Tetiba sampai simpang AKLEH, dia cakap 'tas.. tas' (atas) Maksudnya dia suruh naik AKLEH tu pastu cakap 'sisi' (KLCC).

Seronok bila anak dah pandai cakap ni. Tapi orang kata ini baru stage satu belajar cakap. Dia belum sampai lagi stage bikinpanas dok asyik tanya soalan ulang-ulang kali. Soalan yang kenapa macamtu Ma? Kenapa macamni Ma? Aku tak dapat bayangkan kalau Umar Arjuna dok push aku tanya soalan-soalan berangkai macamtu time aku baru balik kerja. Hehehehehehe :p

Lagi satu soalan keramat orang selalu tanya adalah ;
Bila lagi Umar Arjuna nak dapat adik?

Buat masa sekarang memang belum ada perancangan apa-apa. Biarlah nak membesarkan yang sorang ni dulu. Sebab aku sendiri pun tak yakin aku mampu ke tak nak jaga lagi sorang anak. Untuk masa sekarang, biarlah aku hadap Umar Arjuna ni sorang. Biar aku belajar habis-habis pe'el anak aku yang sorang ni.

Tapi, antara banyak-banyak perangai Umar Arjuna yang paling, paling tak boleh blah adalah bilamana dia menjerit panggil aku,

AKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAKKKKKKKK!!
T____T







27 botol susu:

mama amanda marissa berkata...

what Akaaaaaaaaaaakkkkk?!!!!
dem yu hahaha
untung gile.mmg sentisa muda la di mata umar arjuna
umar2 dah besar ha..
bila nak main dengan adik Amanda :)

Tanpa Nama berkata...

sangat comel UA sekarang. Alah hidd, ko cite pasal anak ko sekali sekale pun xpe. its ok. asyik cite je kang orang meluat lak macam ko sorang je ada anak..hehehe..macam ko kumpul cite orang esaited sket nak baca pengembangan dia.. :D

happy belated birthday UMAR ARJUNA.

Tanpa Nama berkata...

akakkkk!!!! ekekekkee.... comel je umar ni... tunjuk peyut muncit... hik hik hik.... =D

happy belated besday Umar Arjuna.. semoga menjadi anak yang baik, soleh dan berguna... Amiin... muahh muahhh

*mak cik beauty* (hihihii)

cujen berkata...

hahahhaha lawak la umar ni..cane dia leh panggil akak tu?

aishah jamrek berkata...

ala, tomeinya UA ni..happy belated besday UA..moga jadi anak yang soleh ya.. akakkkk??? memang tak boleh blah hidd ^_^

susudalambotol berkata...

Dewi : Khennnn? Memang nak sentiasa muda pun :p

Anon : Aku rasa sebenarnya aku yang ada masalah mood dengan blog. Hehe. InsyaAllah. Thanks anyway!

Az : Terima kasih!

Cujen : Sebab dia dengar adik-adik Kak Hidd panggil AKAK, tu dia ikut. Dia panggil Adi pun ADI je. Erk.

Aishah : Hehehe. Mula-mula tu tak pasan. Lama2 bila dgr betul2, dia panggil Akak rupanya.

naDia berkata...

hahaha..comel gile anak teruna hidd! kalo jarang2 cite yg jadi best tu. kalo sume dah duk cite..tadek yg surprise dah.

naDia berkata...

hahaha..comel gile anak teruna hidd! kalo jarang2 cite yg jadi best tu. kalo sume dah duk cite..tadek yg surprise dah.

m@ri@ berkata...

kah kah kah..yg last sekali tu tak blh blah..akakkk tu..dah besar kan anak kita hidd..hehe..teringat lg kisah pertama kali UA melihat dunia..

oshinz berkata...

wah... ni mama yang forever young gitu! terbaiklah umar.

mamamarissa berkata...

akaaaaaaaakkk...untung la awak...hahaha!!!

mama amanda marissa berkata...

kalau nak sentiasa muda terapinya rajin-rajinlah jengah blog or shopping online baju yang sweet-sweet..cantik-catik..muda remaja.wakaka
Sat gi Si Umar Arjuna lak dh kemain pandai shopping online sendiri.bwek:p

Rho Anna berkata...

Hahahahahahahahaha kenapa dia panggil you akak! Comel Umar Arjuna.

Hannah Johary berkata...

Happy Second Birthday, Umar Arjuna!

Makin handsome lah dia. Habis muka you! Suka baca cerita pasal dia, hari-hari update blog cerita pasal dia pun takpe. Hehe.

Rafidah B. berkata...

Happu belated birthday, UA~~ :)

||alis|| berkata...

hai akak umar..

takpe, esok2 makbul gak doa umar nih.. sebab amek result spm sok, pama geng2 sume tanya "umar, tuh kakak sulung umar yer"

^____^

susudalambotol berkata...

Nadia : Hehehe. Pasni kalau ada masa boleh lah selalu-selalu update :D

Maria : Kan? Teringat dulu-dulu dok syok ralit cerita pasal anak selalu kat blog :)

Oshinz : Haha. Kelassss gituuu :p

Mamamarissa : Hehehe. Tersasul la kotnye :D

Dewi : Hahaha. Pokai la. POKAI!

Rhona : Dia dok dengar adik I yang kecik tu panggail I akak. Hehe.

HJ : Hehehe. Kalau cerita memang tak cukup blog. Hehehe :D

Rafidah : Terima kasih! :)

Alis : Hahaha. Kan kan? Adus. Kembang sat! :p

Xeea berkata...

Akaaaakkkk?
Pelish lah, Umar.
Koyak seluar Mama awak tawww :p

Happy 2nd year, Umar!
Semoga jadi anak soleh & handsome selalu! pstt.. rambut belah tepi yang mahal, tu. hehehe

azLina z. berkata...

Akak??? Hahahaha. Comelnyaaaa! Mana pulak la dia belajar panggil mama dia akak ni? Bijak betul sampai jalan pun dah dihafal.

susudalambotol berkata...

Xeea : Rambut memang sikit tu je. Dan perang. Hehehe.

Azlina : Dengar Paksu dia panggil :D

STSO berkata...

Assalam, kak hidd. Rindu rasanya dengan blog kak hidd. Selalu je saya drop by untuk baca update blog kak hidd. tp,lately kak hidd jarang-jarang update.huhuhu...bila buka, tup tup tup, latest pasal birthday umar.Ya Allah,gembira saya. stress exam semua hilang. Teheee..comel je Umar sekarang. Makin hensem pulak tu :) Saya doakan yang terbaik untuk kak hidd sekeluarga :)

susudalambotol berkata...

STSO : Alalalala. So sweet! Sorry la jarang update pasai budak kecik ni. InsyaAllah lepasni akan update seminggu sekali ke. Hehe.

Tapi tak janjilah.
InsyaAllah :)

Puan Surayya berkata...

haha, dia dengar sape tu panggil akak "akak".. mcam anak buah sue panggil atok dia "bapak" sebab dia dengar kiteorg panggil bapak. tapi yang pelik nenek boleh lak dia panggil nenek, xde lak nak panggil "mak".. ermmm..

dobot berkata...

Umar, selamat 2 tahun! :D

هدايه يسٓ / Hidayah Yassin berkata...

AKAK!!! sungguh tak boleh blah ah menantu ni...pandai dia amek ati mama dia kan...

p/s: melt betul tau....lamany tak komen kat sini... ;)

susudalambotol berkata...

Puan Surayya, Dobot & Dee : Thank u! :D

kayna berkata...

baru terjumpa blog ni. And best, kiter ada anak same age, tapi yang sulung girl. Yang kedua nama Umar jugak.