06 November 2012

Here We Go Again.

Salam people.

Wuhuuuuuu. It's been 7 months I'm on hiatus! Aku betul-betul tutup belog ni. Ramai yang dok message kat FB, Twitter dan Formspring minta aku invite nak masuk dalam belog pekasam ni, tapi yang nyatanya, aku memang tak ada invite sesiapa dan tak ada update apa-apa.

Life treating me well, lately. Walaupun hati ada pecah sana sini, it's ok. Hidup diteruskan macam biasa, macam selalu. Dulu aku ingat, aku kena teruk dah. Rupanya, kali ni lagi maha dasyat lunyai habis doh.

Unsangkarable.
-_________________-"

Bila Tuhan "bagi" aku dugaan yang ini, baru aku terasa nak berjalan tak pakai selipar. Hehe. So bila Dia "bagi", aku terduduk. Lama aku duduk. Tak bangun-bangun. Rasa macam semua tulang dalam diri berkecai berderai-derai. 

Kita semua nak bahagia sampai Jannah tapi siapa kita nak tolak qada dan qadar. Setiap hari yang datang adalah hari yang lain untuk kita hadap. Kerja mungkin yang sama, tetapi kejadian hari-hari tetap tak sama. Mungkin, harini kita rasa diri kita kosong sangat. Esok tiba-tiba ada anak kucing datang mintak makan. Itu tanda Allah kasi kita teman.

Hidup memang tak dapat kita nak ramal.
Ia boleh berputar jauh daripada apa yang kita harapkan.

Aku tak ada kuat mana pun. Kudrat yang tak seberapa kerat. Ini keputusan paling susah aku nak buat dalam hidup aku selama 29 tahun. Banyak hati nak kena jaga, banyak benda nak kena lawan dari segi mental. Kehidupan hari-hari sebelum ni rasa terlalu nipis aku nak bangun dan tempuh. Nipis yang macam tisu. Kena air, habislah. Sampai ada satu masa, aku minta Tuhan tidurkan aku selama beberapa bulan sampai aku sedia nak hadapi kenyataan.

Tapi tak boleh. 
Umar needs me. 

Dia sebab untuk aku terus pergi kerja, jumpa orang ramai dan teruskan rasa yang berderai ni. Dia mungkin tak faham sekarang tapi dengan penuh aku mengharap, dia akan faham pada masa akan datang. Semoga dia jadi seorang anak yang tabah dan kuat, sama dengan nama keduanya, Arjuna.

Kita orang perempuan, hati besi. Macamana kita larat dan mampu tahan contraction bersalin, melahirkan anak berderet-deret, begitulah juga hati dan jiwa kita. Kalau pun hati kita dijahanamkan oleh ramai lelaki, kita tetap boleh berdiri sendiri. Walaupun dengan anak-anak. Dan kita patut bersyukur sebab kita ada lebih dari satu nafsu jadi kita boleh abaikan nafsu yang lagi satu yang boleh membawa kita kepada melakukan maksiat bila kita tak dapat. Awak fahem? Bagus. Wkwkwkwkw :p

Jadi, dunia baru bermula. Aku cuma harap, segala jenis kawan-kawan yang kenal aku dapat bagi segala jenis kata-kata semangat instead of sibuk nak tau kenapa aku macamni, kenapa macamtu. Aku faham, niat mungkin ambik berat tapi semuanya terpulang pada aku nak jawab ataupun tak. Bertanya tak salah, tapi cuba belajar hormat privasi orang lain. Sebab apa, bila orang dah kasitau kenapa dengan aku, soalan dari mereka ni bertalu-talu. Mula-mula, kenapa 1, lepastu kenapa 2 and it goes. Tak boleh ke kalau kau sekadar tau status sebenar dan diam dari kau sibuk nak tau "apa puncanya?" Bila kau nak tau "apa puncanya" dari situ aku dah dapat tau kau sebenarnya nak menyibuks.

Aku bercerita kat sini sebab sini tempat permainan emosi aku. This is my playground. Kalau nak main jongkang jongket, buaian semua, mainlah. Tapi jangan kau pergi jahanamkan.

Sebab kadang-kadang yang bertanya itu mungkin niatnya betul-betul simpati atau kepoci atau ambil kesempatan. Itu yang kita kena selidik dulu.

Hmmm ini je kot. Takut aku melalut kebenda lain pulak. You know, aku kan suka merapu. Haha. Jadi, janganlah takut untuk membuat keputusan. Fikirkan diri sendiri dulu baru orang lain. Sebab kebanyakkan kita nasihat memang pandai, cuba sini hidup sehari dalam dunia aku macamana? Rasakan.

So, this is it. 
It's not easy to start things over again, but I know I can do this.
Dengan izin Tuhan, amin.

"Tender dibuka SEKARANG"

Hahahahaha. 
Lulz :p



32 ulasan:

dell idrus berkata...

lesdodis together hidd!! :D

amanda marissa berkata...

tahniah kak!walaupun remuk2...jalan je...bedal....papepun part yg bab2 tanya tu dw sgt2 suka.so pada yg tanya2 dw tu harap maklum ye.
dw sayang akak.dw rindu jugak kat akak.i'm always with YOU.hahahha

-icha03- berkata...

tabah lah
:)

nuyu berkata...

semoga Allah eri kekuatan untuk kak Hidd. Be strong for yourself and your son.

Ahmad Tongkeng berkata...

Ok yang bukak tender ni quite funny. Please to enjoice. Gagagaga

oshinz berkata...

lama betul sis hilang.. hope u r doing fine sis. i dun know what to say actually but degil nak tinggal jugak komen kat sini. hehe..

setiap apa yang ada dengan kita ni, memang pasti akan tinggalkan kita. tak kiralah ahli keluarga or close friends skali pun. saya juga pernah kehilangan berkali-kali. sakit & pedih. like seriously, siapa mahu jadi alone. but syukur alhamdulillah.. bila perkara A terjadi, perkara B akan menjadi yang seterusnya untuk recover kita. so stay strong sis. i know u can go trough all the cabaran. Allah knows what is better for u. InsyaAllah.

whatever it is, kite doakan sis sentiasa sihat & ceria untuk teruskan kehidupan. demi UMAR! =)

aishah jamrek berkata...

its just a chapter..we have many chapters in life..so go 'next'! ;)

InaAchik berkata...

Assalamulaikum Hidd...
lamaku tunggu coretan darimu... tapi sedih bila coretanmu kali ini menzahirkan kamu sedang bersedih...
apa lagi yang saya mampu beri kalau bukan DOA untukmu... semoga Allah berimu kekuatan biar apapun dugaan datang melanda... yer, tidak saya tahu apakah dugaan berat mengujimu... tapi saya tahu; Allah takkan uji sesuatu di luar kemampuan hambaNYA... sesungguhnya kamu hambat terpilih...

ya Allah, semoga yang baik2 untuk Hidd Mihad sekeluarga...

pandagumuk. berkata...

u can do it!

ederq berkata...

peluk hidd and umar arjuna kuat2. umar jaga amma yeh! big hug

kerR {abdullah} berkata...

semoga Allah sentiasa bersama awak, hidd :)
semoga yang baik2 dikurniakan dalam hidup awak.inshaallah :))

Maria Rajab berkata...

sygku hidd..semoga tabah hadapi semuanya..sy hantar tender esok ye..hug..;)

||alis|| berkata...

Betapa tuhan itu maha penyayang..
Dalam gelap pon diberiNya kita bayang..

#kata2 yg kuatkan sy, si pembuka tender yg masih belom dapat ditutup..bukak dh lama dh..hiuhiuhiu

^^

saliha berkata...

salam hidd
sgt rindu nk bca tulisan dr hati hidd..nway moga Allah merahmatimu ameen~

azLina z. berkata...

Semoga tabah kak Hidd. Allah dah aturkan perjalanan hidup kita. Apa yang Dia bagi itulah yang terbaik untuk kita.

Bergantung hidup pada Allah, insyaAllah kita takkan patah hati. Hugs kak!

arianna adrianna berkata...

kak. rindu.!

salam peluk cium untuk umar.~

Tanpa Nama berkata...

Salam hidd,

Saya silent reader u.
saya harap hidd tabah untuk hadapi semua cabaran ni. Pasti ada hikmah di sebalik nya.walaupun hati tertanya2 apakah himah yang akan dikurniakan kan tu.just fikir ada lagi org yang menerima cabaran yang lebih dahsyat dari kita.:) Cheers.

siorkeedcokelat berkata...

Jgn takut ngn tittle u sekarang. zaman dah berubah. tittle tue dh xpenting.. Ape yg penting sekarang ade ANAK, KELUARGA, KAWAN yg setia dan menyokong setiap apa yg kt rancang n buat.. Dorg penguat hudup kt sekarang. Move forword utk jadi Wanita yg paling hebat dan disegani.. Abaikan setiap kata anasir jahat. Saya doakan awak mendapatkan kebahagian kehidupan yg awak kecapi selama nie.. Kucup UA utk saya... love u!

babyarisha berkata...

Hidd,

erm..tabahkan hati yer.. aku xtau situasi ko skg tp ape yg boleh aku ckp, gembira ni sementara shj bahagia tuk selamanya.. pape pun igt, kwn2 ramai disisi tuk ko luahkan tuk ko kongsi @ pun sekadar melepaskan lelah.. bersabar k.. Insyallah, masa depan akan lebih cerah buat ko.. take care..

Tanpa Nama berkata...

U go kak!

cik_ah82 berkata...

salam hidd,
1st: *hugs*..
apapun yang terjadi, itu ujian yang Allah nak kita lalui. dan sebenarnya hidd beruntung kerana Allah 'memandang' hidd lalu diberikan ujian ini.
rasa nak selami apa perasaan/macamana hidd mendapat ketabahan menghadapi ujian itu. semoga kita sama-sama kuat.amin.
*peluk lagi sekali*

susudalambotol berkata...

Salam semua.

Terima kasih banyak-banyak. As for now, saya rasa lega sebab ramai dah tau status saya sekarang.

Saya cuma harap, hidup saya akan kembali normal lepasni.

Allah ada.
:)

.Najihah A. berkata...

Hai Kak Hidd.

We're on the same boat :) Saya sangat faham perasaan itu. Orang cakap hanya jauhari mengenal manikam.

Hidup memang payah kadang-kadang kan. Takkan nak ingkar takdir Allah? Tapi kita jangan mengalah.

Kena selalu percaya yang Allah dah simpankan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Chill kak :)

mrs.syediz berkata...

hid. aku kt kg sibuk dgn urusan kuarga. br hri ni dpt jengah fb, br bc blog. *hugs*

ko tk care, be strong for umar & for yourself. aku doa, dimudahkan semua olehNya. amin.

yes, Allah ada dgn kita. jgn jemu meminta pdNya ok fren.

bighug for Umar.

Tanpa Nama berkata...

I know you and I know how strong you are. Let's focus on the future ok bebi, insyaAllah things will be better moving forward. Wipe your tears k. La Tahzan. I'll always be around.

XOXO Sheda

Tanpa Nama berkata...

Hidd,

Ade hikmah di sebalik setiap kejadian itu..

Chill ok..take care..

- chulakitty -

Kayna berkata...

selamat kembali ke dunia blog hidd. Suka baca blog hidd. kata2 best. Anyway, whatever yang you lalui.. ALLAH sentiasa bersama mu, in shaa ALLAH.

exesrock berkata...

santai :)

visit http://exesrock.wordpress.com

Cik ina do do cheng berkata...

Selamat kembali ke dunia blog .Bertabah ye. apa yang berlaku akan mengajar Hidd lebih menghargai kehidupan ni : )

Suka Bebel berkata...

semoga mama umar terus kuat semangat, Insya'Allah semuanya akan dipermudahkan

aan berkata...

Dr sisi prof muhaya, kak hid seorang ibu berdikari! :) semoga akak trus terusan dlm kebaikan..

amer akat berkata...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/