21 Disember 2012

Vanilla Rose.

Salam Jumaat, semuaorang.
Hehe.

Lupakan entri di bawah. Lupakan semua yang jadi pada tahun ini dan sebelum-sebelumnya. Tahun 2012 bukan untuk saya. Dan saya berdoa keras dan berharap semoga tahun 2013 melayan saya dengan begitu baik dan manja dan gedik dan santai. Haha.

Saya tak boleh nak tulis lebih-lebih. Sebab banyak hati dan perasaang yang saya kena jaga sekarang. Eh bukan dari dulu ke? Hehe :)

Untuk tahun ni, salah satu dalam azam tahun 2012 telah saya capai. Yeayyyyyyy! *baling tepung* Salah satunya, adalah ini :




Vanilla Rose adalah shopping secara online yang saya buat bersama-sama kawan saya, Dell. Sebenarnya saya dah lama nak buat bisnes tapi biasalah, masalah melanda diriku. Lepas satu-satu masalah selesai, saya cuba buat sesuatu untuk busykan diri. Masalah kalau nak difikirkan, sampai mati pun tak habis. Jadi saya cuba libatkan diri dengan menjual sesuatu yang saya minat dan suka.

Dulu, masa nak sambung belajar lepas SPM saya nak belajar pasal fashion. Tapi Mak saya tak kasi. Kalau tak, mesti saya dah tak perlu beli baju Umar dan baju saya sebab semuanya saya jahit sendiri. Haha. Duh.

Jadi, pada umur yang dah nak masuk 30 tahun ni *sobs* baru saya dapat buat apa yang saya suka. Alhamdulillah. Tapi yang permulaan kebanyakkannya Dell yang buat sebab saya memang zero pasal semua ni. Saya memang kagum dengan Dell sebab dia sangat cekap mencari bahan-bahan dengan click, click di internet. Woahhhh :p

Oleh itu, saya menyeru (ewah) anda semua untuk menjengah dan mengklik di link yang saya bagi ni untuk butiran lebih lanjut. Hehe. Ayat skema betul nih. Kali ni je ayat skema. Lepasni, saya kembali normal bila berblog. Siap bahasakan diri "saya" pule. Puiiii.


Ini hasil yang pertama, Maryam. Tapi semua dah sold out. Saya lupa nak upload kat blog. But it's ok, lepasni ada stock Maryam lagi. Marilah klik LIKE bersama-sama :)


That's all for now.
Thank you :)