21 Januari 2013

Mungkin.

Sekejap 6 bulan berlalu.
Dengan status baru.

Status yang kebanyakkan masyarakat kita pandang sinis, keji dan hina. Tipikal Melayu, biasalah. Even orang-orang kuat yang ada dengan kau dari kecik pun sangsinya lebih banyak dari orang yang takde pertalian saudara melainkan saudara se-Islam, macamana? Kuatkan penangan status tu? Aha.

Tekanan?
YA.

Marah?
YA.

Tapi lama-lama aku malas nak ambik pusing. Walaupun gelaran tu hina bagi masyarakat kita yang tipikal itu tapi tak bagi aku. Bagi aku lah. Aku selalu fikir, kalau ini yang boleh datangkan balik gembira yang aku hilang, aku rasa aku mampu lawan dan dapat semula gembira lama.

Orang kata aku ni kebal lah, superwoman la dan segala mak nenek perempuan yang kekuat tu. Tapi, apa yang anda semua tengok ni luarannya saja. Dalaman di hati daku, calar balar mana anda tahu? 

Kita tak perlu tunjuk yang kita sedih sangat depan orang. Kita deal dengan diri kita sendiri sudah. Aku selalu menangis sendiri-sendiri. Dalam bilik, dalam bilik air. Eh? Haha. Bila orang tanya, kau okay ke tak, jawablah dengan penuh riak dan takbur "SAYA OK"

Gitew.

Perasaan ni kita yang kawal. Kalau kau mampu kawal depan orang ramai, maksudnya kau pun mampu kawal untuk diri kau sendiri. Jadi, aku cuba kawal perasaan. Tak terlalu lepaskan di mana-mana alam maya. Biarlah orang nampak kita ok-ok saja supaya orang tak syak wasangka.

Alam maya ni, walaupun kau update sesimple begini :( peratusan orang nak tau kenapa kau sedih tu terlalu tinggi sampai fikir benda yang kau diri sendiri pun tak fikir. Yelah, aku pun sama. Haha. Jadi, aku pun taknak orang fikir aku macamtu, aku pun tulis lah benda-benda yang biasa-biasa saja.

Setelah 6 bulan, aku rasa keadaan semakin terkawal. Umar ok. Aku dengan bapak Umar pun ok. Kami bertiga OK. Cuma doakanlah yang baik-baik untuk kami bertiga. Apa jadi lepasni, harapnya yang lebih baik daripada yang pernah kami ada.

Masa depan kalau boleh kita tau, kita tak akan belajar apa-apa.

Ini salah satu pelajaran hidup aku.
Bengkak hati surut, satu-satu.
Mungkin ini, lebih baik dari dulu.

Mungkin.