25 Julai 2013

Peluang, berubah dan sabar.

Kalau kita hargai peluang, kita tak perlu lagi minta peluang kedua dan seterusnya.
Lagi bagus kalau kita sendiri yang cari peluang tanpa perlu meminta.

Ada orang, dah diberi peluang lebih dua kali pun masih tak hargai. 
Masih dengan hujah-hujah yang sama.
Masih dengan taktik-taktik yang hina.
Masih dengan janji-janji palsu semata.

Nak berubah memang susah. Nak ubah perangai dan sikap manusia ni, dia je yang boleh ubah diri dia. Kita nak ubah diri kita pun payah, apatah lagi nak ubah orang lain. Dulu, aku memang selalu mengharap orang berubah. Tapi aku silap. Walaupun, aku mengharap orang lain berubah untuk kebaikkan dia sendiri, tapi kalau orang punya badan pun tak peduli, kenapa pulak aku yang lebih nak kisahkan. Aku cakap dua tiga kali cukuplah kot. Lain-lain, tumbuk dada, rasa sendiri, sakit tak? Heh.

Kawan aku, kisah cinta dia memang drama. Selama aku ambil maklum kisah dia dengan kekasih hati, aku rasa dah lebih 3 atau 4 kali kot mereka putus. Tengah bercinta, tiba-tiba senyap. Macam tak ada apa-apa. Tiba-tiba nanti, jumpa balik. Ok, macam biasa. Kang tiba-tiba, tak ada apa-apa. Tapi lepastu, jumpa balik. Sampai satu tahap, kawan aku memang dah nekad taknak lansung dengan lelaki tu yang padahal dah plan nak kahwin dan dah bagitau dengan mak ayah dah pun. Bila kawan aku dah nekad, lelaki itu datang semula. Dan lelaki itu pulak yang nekad nak berubah dan akan layan kawan aku baik-baik macamana mereka masa baru kenal dulu, macamana yang kita orang perempuan mahu.

Aku sebagai kawan, paling boleh bagi pun nasihat. Dia lebih kenal lelaki tu dan dia yang paling layak pilih bahagia dia. Jadi, kawan aku bagi lagi peluang tu. Dan mereka cuba lagi. Betulkan apa yang tak kena dan cuba lebih faham keperluan dan kehendak masing-masing. Alhamdulillah, lelaki itu memang tak main-main. Dan lelaki itu pun dah mula bagitau pada kawan-kawan dia yang lain pasal mereka berdua. Kalau tak, tak ada siapa pun tahu yang mereka berdua ada sesuatu. Kawan aku pun dah boleh gelak happy sebab dia dah dapat balik lelaki yang berjaya buka hati dia semula selepas kekasih sebelumnya "pergi".

Peluang.
Dan kemudian berubah.
Berubah demi peluang yang masih datang.

Tapi kenapa kita selalu tunggu bila peluang sudah hampir tamat tempoh? 
Atau tunggu hati yang fragile ni hampir tertutup rapat sebelum ia terus roboh?

Kita semua memang boleh sabar. 
Dan sabar pun memang kekuatan kepada segala jenis perasaan.

Sabar.
Mudah sebut tapi nak buat, tak semudah masa kita sebut.